Sungguh aku takut bila mulutku laju berkata-kata kebaikan, tanganku menaip kata-kata memuji MU, tapi hati aku tidak begitu.
Aku takut aku digelar munafik.
Aku takut aku digelar berpura-pura.
Aku takut aku nampak baik di depan manusia tapi di hadapan MU aku tiada nilai.
Hati aku mungkin tak cukup ikhlas, hati aku mungkin belum cukup bersih, iman aku tak kuat, rapuh, terlalu rapuh..mudah sangat berbolak-balik.
Bila di uji sedikit aku mudah sangat terasa lemah.
Aku sendiri tak tahu bagaimana caranya..cara menjaga iman, menjaga hati, menjaga ikhlasnya hati hanya untuk MU bukan hanya untuk mendapat redha manusia semata-mata.
Ya Allah lemahnya aku, lemahnya,entah,entah kenapa aku rasa sukarnya menjaga hati yang ikhlas. Ada orang kata kata mungkin kita kena lakukan sesuatu dengan rasa terpaksa dahulu baru rasa ikhlas itu akan menyusul.
Mujahadah memang tak mudah.
Berubah itu mudah tapi untuk istiqomah sememangnya payah.
*doakan aku :')
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meluangkan masa anda dengan membaca entri di blog ini. Mohon anda mencoretkan komen di sini. TQ for your support :)
Note: only a member of this blog may post a comment.