Thursday

the best novel

SUAMI EKSPRES - Fieyta An Nisa the best novel i have read.


Serius bila baca novel ini impian untuk mendirikan rumahtangga terus menerjah. Memberi makna sebuah perkhawinan yang sebenar, cinta menuju Ilahi dan seterusnya menggapai cinta Ilahi. Kagum dengan cara didikan seorang suami mengemudi perkhawinan berpandukan keislaman. Mungkin sedikit sebanyak novel mampu mentarbiyah diri kita untuk menjadi lebih baik. Bukan hanya semata-mata demi memperoleh jodoh yang baik tapi lebih kepada tanggungjawab kita kepada Ilahi. :)


FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun. Menjadikan Rasuallah sebagai role model dalam segala hal.

ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya. Even kematian mak ayah pun tetap sabar dan tabah.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.
“ Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” - FARIS
“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.” -ADRIANA


Saturday

sungguh aku takut..

            Sungguh aku takut bila mulutku laju berkata-kata kebaikan, tanganku menaip kata-kata memuji MU, tapi hati aku tidak begitu. 
Aku takut aku digelar munafik. 
Aku takut aku digelar berpura-pura. 
Aku takut aku nampak baik di depan manusia tapi di hadapan MU aku tiada nilai.
 Hati aku mungkin tak cukup ikhlas, hati aku mungkin belum cukup bersih, iman aku tak kuat, rapuh, terlalu rapuh..mudah sangat berbolak-balik. 
Bila di uji sedikit aku mudah sangat terasa lemah. 
Aku sendiri tak tahu bagaimana caranya..cara menjaga iman, menjaga hati, menjaga ikhlasnya hati hanya untuk MU bukan hanya untuk mendapat redha manusia semata-mata. 
Ya Allah lemahnya aku, lemahnya,entah,entah kenapa aku rasa sukarnya menjaga hati yang ikhlas. Ada orang kata kata mungkin kita kena lakukan sesuatu dengan rasa terpaksa dahulu baru rasa ikhlas itu akan menyusul. 
Mujahadah memang tak mudah. 
Berubah itu mudah tapi untuk istiqomah sememangnya payah.

*doakan aku :')

Friday

doa ustaz ebit lew



Dari tutur katanya, yang penuh dengan kerendahan hati kepada sang Pencipta Dia Ilahi. Ustaz Ebit Lew.
Wahai Allah kami tahu tak ada yang mencintai kami dan menyayangi kami lebih daripada Kau mencintai dan menyayangi kami. Wahai Allah, tapi kami begitu berdosa dan zalim dalam hati kami, kami tak tahu, kami tak mampu nak paksa hati kami untuk datang dan mengingatiMu. Wahai Allah hati kami belum benar-benar mencintaiMu dalam hati kami. Ya Allah kami mohon ampun kepadaMu atas dosa kami semua.

asing tanpa kata

jauh..
jauh..
jauh..
makin jauh aku rasakan
mungkinkah aku sendiri yang mencipta jurang ini
jurang.. 
selayaknya anak
entah, aku harus bagaimana?
entah kenapa aku rasa semakin asing
asing..
mengapa aku sering mahu mempersoalkan tentang semuanya?
mengapa aku masih mahu membandingkan tentang semuanya?
mengapa aku tak merasa seperti apa yang mereka rasa?
mengapa kita harus begini?
mengapa kita umpama orang asing?
semuanya terasa pelik
pelik berkata-kata
diam..
diam..
diam tanpa kata..
aku mahu..
mahu..
mahu..
senda gurau
tangsi tawa
seperti mereka..mengapa kita?
luahan rasa
rasa bersama
seperti mereka..mengapa kita?
sungguh berkurun lama aku rasanya tak menatap kamu, mendengar suara kamu
air mata menitis
rasa rindu tiba-tiba
rindu
rindu pada kamu
maafkan aku 
ampunkan aku
ampunkan aku
andai aku menguris hati kamu
mungkin tanpa sedar tanpa aku sedar tindakan aku tak selayaknya untuk kamu
semua kamu beri memang tak akan terbalas 
terbalas sampai mati
sampai aku mati
hanya aku enggan
enggan sedar tentang semuanya
tanpa rasa syukur pada semua kurnia Nya..
kurnia yang mungkin tak semua insan merasanya..
ampunkan aku
 maafkan aku



Monday

Seandainya diri

Seandainya diri kita pernah ditipu orang…
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita pernah dizalimi orang…

Apa Allah kata…

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAIMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tidak mahu menegurmu)?

"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..."
- (Hadis Qudsi)

Presentation

Serius benda yang paling aku nervous sekali adalah kena present di orang ramai. Jantung dup dap dap bagai nak gugur. Cara nak atasi mungkin boleh cuba tips kat bawah ini

Jom kita gunakan tips dari DR TENGKU ASMADI:

1) PREPARATION. Buat PERSEDIAAN dari segi fakta dan bahan-bahan yang mahu disampaikan. Sediakan lebih dari apa yang mahu disampaikan.

2) ANTICIPATE! Iaitu jangkakan apa yang akan ditanya oleh hos atau pemanggil atau audien atau peserta berkaitan dengan topik atau pembentangan.

3) REHEARSAL. Berlatih dan terus berlatih. Meskipun saya sudah biasa namun saya masih juga berlatih. Bila sampai di lokasi, biasanya saya akan berkurung dalam kereta dan berlatih dahulu. Practice makes perfect!

4) TRAIN YOUR BRAIN. Lakukan latihan minda dengan menggambarkan atau dengan lebih tepat menvideokan apa yang mahu dilakukan. Lebih terperinci lebih bagus - (See it, Hear it, Feel it).


Wednesday

Bukan Saja-Saja


BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

~Heliza Helmi~

Friday

Sahabat :) engkau penyeri hidupku

     
 
      Sahabat pastinya antara insan terpenting dalam hidup kira. Tanpa mereka pasti hidup terasa sunyi bukan? Tak kira apa jua gelarannya samada rakan karib, rakan  sekuliah, rakan sebilik, rakan serumah dan sebagainya. Setiap individu mempunyai pandangan serta mendefinisikan makna persahabatan dengan cara mereka tersendiri. Anda bagaimana? Mungkin ada yang menyatakan sahabat adalah lambang cerminan diri kita sendiri jika kita bersahabat dengan tukang pembuat minyak wangi pasti akan kita akan terkena tempias bau harum minyak tersebut dan begitulah sebaliknya."Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila kita melakukan hal yang salah. Sahabat yang baik ialah sahabat yang akan berasa lebih gembira daripada diri kita sendiri apabila kita berjaya dalam apa yang dilakukan." Suhana Amiril. Memang tidak mudah untuk memperoleh sahabat yang sebegini. Tapi jika kita menghendakkannya kita sendiri perlu menjadi seperti apa yang kita inginkan..Errm..pernah dengar tak kata orang lebih baik kita memberi daripada menerima. Jangan hanya mengharap tanpa memberi. Aku juga masih lagi jauh untuk menjadi sahabat yang baik. Terlalu jauh. Untuk kata aku sayang kerana Allah aku tak mampu. Malu. Kerana aku sendiri masih jauh lagi mengapainya. Memang sukar mencari sahabat yang mampu menegur kita bila mana kita melakukan kesalahan yang bukan hanya berdiam saat kita berbuat kesalahan dan terus-terusan membiarkan kita hanyut. Mungkin dia segan dan takut hubungan persahabatan terputus.

    Sungguh aku tak boleh menafikan betapa pentingnya peranan seorang sahabat. Mungkin dahulu aku sukar mengenal erti sebenar persahabatan. Dulu aku tak kisah jika aku tak punya sahabat. Pemikiran " la yang penting aku ada ibu abah, biarla! bukannya mati pun kalau tak ada kawan", 'orang tak ingat aku, aku tak ingat orang". Tipikal thinking apa ini ? Dan mungkin kerana ini aku digelar sombong. Dan mungkin aku jenis pentingkan diri sendiri. Dan mungkin sebab itu kebiasaannya persahabatan aku tak pernah kekal lama. Setakat di zaman persekolahan. Aku hanya mengharap mereka mengingati aku tanpa aku sendiri mahu peduli terlebih dahulu. Mengharap mereka kasihan. Mengharapkan mereka hormati. Mengharapkan mereka berbuat baik. Mengharapkan mereka memahami. Mengharapkan mereka meneman saat susah senang. Tapi adakah aku berbuat begitu dahulu? jauh sekali "tidak".  Namun setelah aku di takdirkan bermusafir di bumi Sintok baru aku tahu apa erti persahabatan. Takdir kurniaan Ilahi. Membuka mata. Mata hati aku. Menyedarkan aku betapa pentingnya mereka. Aku tak boleh sendiri. Aku perlukan kekuatan menghadapi dunia mahasiswi. Ya Allah baiknya Kamu kerana memberi aku nikmat ini. Saat aku terasa sukar untuk melangkah Engkau berikan sahabat untuk memberi semangat kepada aku. Mungkin sahabat yang Engkau kurniakan ini sebagai pengantara aku untuk kembali kepadaMu. Membuat aku lebih mengenal diri untuk apa sebenarnya aku diciptakan. Betul la apa yang dikata Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak. Ya Allah terima kasih atas hikmah ini.


     Saat mendengar lagu SEBUAH PERTEMUAN mesti rasa nak menangis, teringat kepada seorang sahabat. Kini sudah tiba semester terakhir kita bersama. Sepanjang 5 semester kita ber "roomate". Jujur aku katakan aku bersyukur dikurniakan sahabat begini. Gaduh. Tangis. Ketawa. Gurau. Malam tarbiyah. Kata-kata semangat. Pengajaran. Pembelajaran. Tunjuk ajar. Tolong buat assignment. bersama mana mungkin dilupa. Walau kadang kala hati tersentuh terguris kerana teguran kamu namun jujur aku mahu ucap terima kasih kerana teguran tersebut. Membuat aku tersedar mana kesilapan diri. Tersedar kurangnya diri. Tersedar aku masih lagi punya Ilahi tempat bergantung harapan. Tersedar tujuan aku di dunia ini. Kenangan dalam ingatan. Walau tidak bertemu jasad tapi ingatan dalam doa tak akan aku lupakan. INSYAALLAH sahabat. Doa aku titipkan. Moga kamu berbahagia di dunia akhirat. Moga ketemu cinta HIGH CLASS. Moga menjadi anak solehah isteri solehah. Moga hidup mati diberkati IIAHI. Moga diberi kekuatan menempuh dunia baru nanti.

    Ketika diri mencari sinar. Secebis cahaya menerangi laluan. Ada kalanya langkahku tersasar. Tersungkur di lembah kegelapan. Bagaikan terdengar bisikan rindu.Mengalun kalimah menyapa keinsafan. Kehadiranmu menyentuh kalbu. Menyalakan obor pengharapan. Tika ku kealpaan. Kau bisikkan bicara keinsafan. Kau beri kekuatan, tika aku. Diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan. Kau nyalakan harapan. Saat ku meragukan keampunan Tuhan. Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala. Menitis airmataku keharuan. Kepada sebuah pertemuan. Kehadiranmu mendamaikan. Hati yang dahulu keresahan. Cinta yang semakin kesamaran. Kau gilap cahaya kebahagiaan.Tulus keikhlasan menjadi ikatan. Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan. Titisan air mata menyubur cinta. Dan rindu pun berbunga. Mekar tidak pernah layu. Damainya hati. Yang dulu resah keliru. Cintaku takkan pudar diuji dugaan. Mengharum dalam harapan Moga kan kesampaian kepada Tuhan. Lantaran diri hamba kerdil dan hina. Syukur sungguh di hati ini dikurniakan teman sejati. Menunjuk jalan dekati-Nya. Tika diri dalam kebuntuan. Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri. Mengajarku mengenal erti. Cinta hakiki yang abadi. Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan. Yang terbias pada ketulusan. Sekeping hati seorang insan bernama teman.

                                    




Sunday

Aku Ingin..Tapi..

biar menjauh..aku redha andai itu takdirnya
andai itu bukan untuk ku..
mata ini ingin selalu memandangmu
tapi tidak aku teruskan
bimbang akan mencium bau zina
hati pula tidak aku ingini di kuasai nafsu
lalu aku tinggalkan semuanya
tidak aku zahirkan didepanmu
cukup hanya Allah sahaja yang tahu
kadang kala seperti sebuah harapan atau hanya mainan perasaan
aku tidak yakin apakah benar tiap apa yang aku rasakan bukan seperti hakikat yang sebenar
tidak seperti apa yang dikatakan
bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang aku titipkan
bimbang di hati kian mengembang
gusar andai yang kuinginkan tidak seperti apa yang bakal diberi
mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
mungkin ya jika semuanya kerana Tuhan dan berlandaskan iman
namun aku sedar siapa diriku ini
sungguh jauh..jauh bezanya dengan kamu
malu aku untuk mengharap
namun dalam tiap masa doa kurafakkan moga dia membuka pintu hatimu
biarpun aku tidak pasti bukan untuk menerimaku
kerana cintaNya aku mengenalimu
kerana kasihNya aku mula mendekatimu
kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu
namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala
biar hati-hati kita bersatu ingin memiliki redhaNya
biar hati-hati kita bertaut kerana berjuang demi agamaNya
biar hati-hati kita saling menyinta untuk menuju syurgaNya
moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan Allah
biar kita sama-sama mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga
bukan menjemput air timah dari neraka
sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala
biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi di dalam hati
hanya aku dan Allah yang lebih mengetahui


kredit to :http://akuislam.com/blog/

Tuesday

Sedarkan

masih mencari-cari apa yang dimahu dalam hidup ini
apa gunanya hidup manusia tanpa matlamat
hidup ini bukan hanya kata-kata
tapi dengan usaha yang gigih
tapi mengapa masih belum muncul kesedaran dalam diri
ketidakpastian tentang segalanya
benci rasanya
benci pada diri
mengapa hanya mahu mengharap datangnya keajaiban
keajaiban!!
keajaiban!!
yang entah bila akan muncul..muncul..
mengapa masih lagi mahu mengharap kesedaran hadir dengan sendiri
sedang diri enggan berusaha mengapainya
memang mudah membina impian setinggi bintang di langit
tapi yang sukar dan payahnya..usaha gigih mengapainya
tolong aku..
bantu aku..
tolong sedarkan aku..
sedarkan aku..
sedarkan aku..
dari mimpi panjang di siang hari..



Friday

Anda Bagaimana?

Sedang saya "mengskroll" facebook tiba-tiba yang terjumpa seorang sahabat facebook "mengshare" artikel ini. Mungkin dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Mudah-mudahan.




Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan Syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni COUPLE*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: kamu suka dia?

Fulan: ya syeikh....

Syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

Fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
Syeikh: bila kamu akan menikahinya?

Fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

NOTE : kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Credit for :
https://www.facebook.com/amirfaisal.awang

Tuesday

Mikaill Hadi


My lovely nephew..Mikaill Hadi dua individu yang berbeza. Umur hampir 5 tahun dan 3 tahun.. :)

mikaill 3 tahun..hadi lupa pulak berapa bulan..hehe

     Rindu sangat dengan diaorang, gelagat, teletah, tangisan, rengekan..segala-galanya. Agaknya apa perasaan seorang ibu yang punya anak tetapi tak dapat melihat anaknya membesar depan mata. Rasa  rindu tak terkata mungkin, rasa terkilan mungkin. Ingat lagi time kelahiran Mikaill. Detik hati mengatakan "comelnya dia" saat di dokong ibunya. Seriusly sangat comel. Rasa mata ini tak nak lepas memandang dia. Rasa excited terlebih saat melihat dia, excited  aku ada anak saudara. Alasan tak logik bila aku tak nak pergi sambung belajar kat mana-mana dek kerana nak nengok anak saudara aku yang first membesar depan mata. Last2 aku masuk form 6 je. Yelah selama ini aku nak sangat ada adik. So bila ada taklah bosan sangat kat rumah. Walaupun kadang-kala penat juga layan kerenah diorang  ini, nakal ada je benda nak buat. Kadang hati tak boleh sabar tapi bila dah berjauhan ini, tak nak nampak mulalah rasa rindu pulak. Putaran masa berundur kembali, saat aku menelefon ibu dari ke jauhan Mikaill mula lah tanya bila ucu nak balik ? Ucu tak payah la balik sana balik sini (slanga budak pelat). Errm fikir balik ingat juga anak saudara aku ini dengan aku. Sayang juga dia kat aku. Sibuk tunggu aku balik.




Friday

Doa..

Ya Allah, kami mohon kepada-Mu keselamatan di dalam beragama, kesihatan jasmani bertambah ilmu dan berkat rezeki dan dapat bertaubat sebelum mati. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam gelombang sakaratal maut dan lepaskan dari api neraka dan mendapat pengampunan ketika di hisab. Ya Allah janganlah engkau goyahkan hati kami setelah kami mendapat petunjuk. Berikanlah kami rahmat. Engkau maha pemberi. Ya Allah berikanlah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Peliharalah kami dari siksa api neraka. Kumpulkan kami bersama-sama hamba-hamba Mu yang soleh dan solehah.Aamin..



Mencari Bahagia..Sukarku Rasakan..

Kadang-kala apa yang kita sangka baik untuk kita belum tentu baik untuk kita.Mungkin semua pernah dengar dengan keyakinan bahawa kalau kita fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, minta yang baik-baik, sangka yang baik-baik, insyaAllah yang datang nanti semua yang baik-baik.

Dulu aku anggap apa gunanya terlalu terlalu mengharap pada sesuatu yang tak akan mungkin. Siapa yang tak cemburu, iri hati pada apa yang orang ada, sikap suka membanding-bandingkan, kenapa aku tak dapat?kenapa dia boleh dapat?,aku rasa aku lebih layak tapi kenapa dia?semua yang dikurniakan rasa bagai tak adil, jahatnya aku ini ya Allah, sangat.., siapa sangka? kadang aku sendiri tak kenal siapa aku ini.

Tapi time final holiday.. beberapa bulan yang lalu,atas sebab tak ada benda nak buat, aku ada dengar radio IKIM.FM slot Islam itu Indah oleh Ustaz Ebit Lew mencari bahagia.


Sedikit aku mula sedar yakin apa-apa yang berlaku semuanya bersebab, mungkin belum masanya, dan kalau ianya berlaku sekarang, mungkin aku sendiri tak akan mampu menghadapinya. Sedangkan hanya sebab-sebab perkara kecil sahaja buat aku menangis, menyalahkan takdir, rasa penyesalan tak sudah. Jangan!! jangan sesekali menyesali apa-apa yang terjadi. Always remember macam mana kita nak dapat sesuatu yang baik kalau kita sendiri..entah..mendengar kata-kata ini buat hati aku sedikit lega.








Thursday

Menjadi Diriku

Bukan mudah hendak puaskan hati semua orangkan? Walau kita dah cuba yang terbaik untuk menjaga hati orang tapi ada mereka cuba menjaga hati kita. Mungkin hati kata tak kisah tapi kalau secara jujurnya aku juga manusia yang punya hati dan perasaan. Tolonglah jangan hendak membanding-bandingkan aku dengan mereka, bukankah setiap orang punya ciri tersendiri dan dengan cara tersendiri. Dan mungkin aku bukanlah insan yang sempurna banyak cacat celanya.

Sangat suka lagu ini..oleh Edcoustic menjadi diriku..Cuba teliti bait liriknya..

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerana diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan

Menjadi diriku
Atas segala kelebihanku
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang kumiliki





Manusia Tak Sempurna

 Terus terang siapa yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik, menjadi seorang muslimah yang sebenar-benarnya..bukan hanya pada nama..tapi akhlaknya, ibadahnya, pergaulannya dan segala-galanya. Saat ketika melihat wanita muslimah bertudung labuh detik hati rasa teringin.. tapi mengapa berbagai-bagai alasan mula menerjah dalam hati yang mengatakan ini bukan masanya..ini bukan saatnya.

 Tapi sendiri kadang kala jauh menyimpang..rasa sangat jauh..tersesat..yang rasakan hanyalah iman yang semakin berkurang dengan tiada usaha untuk menambahnya. Malu rasanya tak terkata sebagai hamba Nya malu pada semua yang mungkin diri ini hanya pandai berkata-kata tanpa mahu berusaha tetapi lebih kepada mengamalkan sikap menunggu dan terus menunggu. Entah apa yang mahu di tunggu diri sendiri tidak pasti.  

Tapi bukankah hidayah Allah tidak akan diperolehi kalau kita sendiri tidak mahu mencarinya dan mendekatinya sendiri. Ya Allah, kalau dikira tak terhitung rasanya. Ya Allah tak ada benda lain yang aku mohon diberikan hidayah-Mu dan biarkanlah terus kekal. Manusia mana mahu terus hidup sebagai pendosa.

Monday

Put on your heart

Always remember anything,everything that happen are Allah destiny. Remember Allah not just take you at that situation but for some reason that you don't know what it is? Just be patient, maybe after that challenger you get the "barakah". I will remember this word. Must remember, must remember and put this word in my mind. Insyaallah. Aamin.. :)

credit for : google image  

My First Entry



Tak ada idea..otak rasa kosong..pening..terpaksa menghadap laptop berjam-jam semata-mata hanya nak buat blog ini. Aku bukannya arif sangat dalam bab-bab blog ini. Masih lagi dalam proses merangkak..Tapi walau macam mana pun still aku kena jugak dan akan berusaha membaikinya..demi assignment subjek STID1103 aku..Mudah-mudahan menjadi..mohon bermillion kata maaf jika ia tidak menepati cita rasa anda semua..dan mohon komen untuk pembaikan blog ini..

p/s : submit on 4/5/2013..

TQ :)