Friday

Sahabat :) engkau penyeri hidupku

     
 
      Sahabat pastinya antara insan terpenting dalam hidup kira. Tanpa mereka pasti hidup terasa sunyi bukan? Tak kira apa jua gelarannya samada rakan karib, rakan  sekuliah, rakan sebilik, rakan serumah dan sebagainya. Setiap individu mempunyai pandangan serta mendefinisikan makna persahabatan dengan cara mereka tersendiri. Anda bagaimana? Mungkin ada yang menyatakan sahabat adalah lambang cerminan diri kita sendiri jika kita bersahabat dengan tukang pembuat minyak wangi pasti akan kita akan terkena tempias bau harum minyak tersebut dan begitulah sebaliknya."Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila kita melakukan hal yang salah. Sahabat yang baik ialah sahabat yang akan berasa lebih gembira daripada diri kita sendiri apabila kita berjaya dalam apa yang dilakukan." Suhana Amiril. Memang tidak mudah untuk memperoleh sahabat yang sebegini. Tapi jika kita menghendakkannya kita sendiri perlu menjadi seperti apa yang kita inginkan..Errm..pernah dengar tak kata orang lebih baik kita memberi daripada menerima. Jangan hanya mengharap tanpa memberi. Aku juga masih lagi jauh untuk menjadi sahabat yang baik. Terlalu jauh. Untuk kata aku sayang kerana Allah aku tak mampu. Malu. Kerana aku sendiri masih jauh lagi mengapainya. Memang sukar mencari sahabat yang mampu menegur kita bila mana kita melakukan kesalahan yang bukan hanya berdiam saat kita berbuat kesalahan dan terus-terusan membiarkan kita hanyut. Mungkin dia segan dan takut hubungan persahabatan terputus.

    Sungguh aku tak boleh menafikan betapa pentingnya peranan seorang sahabat. Mungkin dahulu aku sukar mengenal erti sebenar persahabatan. Dulu aku tak kisah jika aku tak punya sahabat. Pemikiran " la yang penting aku ada ibu abah, biarla! bukannya mati pun kalau tak ada kawan", 'orang tak ingat aku, aku tak ingat orang". Tipikal thinking apa ini ? Dan mungkin kerana ini aku digelar sombong. Dan mungkin aku jenis pentingkan diri sendiri. Dan mungkin sebab itu kebiasaannya persahabatan aku tak pernah kekal lama. Setakat di zaman persekolahan. Aku hanya mengharap mereka mengingati aku tanpa aku sendiri mahu peduli terlebih dahulu. Mengharap mereka kasihan. Mengharapkan mereka hormati. Mengharapkan mereka berbuat baik. Mengharapkan mereka memahami. Mengharapkan mereka meneman saat susah senang. Tapi adakah aku berbuat begitu dahulu? jauh sekali "tidak".  Namun setelah aku di takdirkan bermusafir di bumi Sintok baru aku tahu apa erti persahabatan. Takdir kurniaan Ilahi. Membuka mata. Mata hati aku. Menyedarkan aku betapa pentingnya mereka. Aku tak boleh sendiri. Aku perlukan kekuatan menghadapi dunia mahasiswi. Ya Allah baiknya Kamu kerana memberi aku nikmat ini. Saat aku terasa sukar untuk melangkah Engkau berikan sahabat untuk memberi semangat kepada aku. Mungkin sahabat yang Engkau kurniakan ini sebagai pengantara aku untuk kembali kepadaMu. Membuat aku lebih mengenal diri untuk apa sebenarnya aku diciptakan. Betul la apa yang dikata Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak. Ya Allah terima kasih atas hikmah ini.


     Saat mendengar lagu SEBUAH PERTEMUAN mesti rasa nak menangis, teringat kepada seorang sahabat. Kini sudah tiba semester terakhir kita bersama. Sepanjang 5 semester kita ber "roomate". Jujur aku katakan aku bersyukur dikurniakan sahabat begini. Gaduh. Tangis. Ketawa. Gurau. Malam tarbiyah. Kata-kata semangat. Pengajaran. Pembelajaran. Tunjuk ajar. Tolong buat assignment. bersama mana mungkin dilupa. Walau kadang kala hati tersentuh terguris kerana teguran kamu namun jujur aku mahu ucap terima kasih kerana teguran tersebut. Membuat aku tersedar mana kesilapan diri. Tersedar kurangnya diri. Tersedar aku masih lagi punya Ilahi tempat bergantung harapan. Tersedar tujuan aku di dunia ini. Kenangan dalam ingatan. Walau tidak bertemu jasad tapi ingatan dalam doa tak akan aku lupakan. INSYAALLAH sahabat. Doa aku titipkan. Moga kamu berbahagia di dunia akhirat. Moga ketemu cinta HIGH CLASS. Moga menjadi anak solehah isteri solehah. Moga hidup mati diberkati IIAHI. Moga diberi kekuatan menempuh dunia baru nanti.

    Ketika diri mencari sinar. Secebis cahaya menerangi laluan. Ada kalanya langkahku tersasar. Tersungkur di lembah kegelapan. Bagaikan terdengar bisikan rindu.Mengalun kalimah menyapa keinsafan. Kehadiranmu menyentuh kalbu. Menyalakan obor pengharapan. Tika ku kealpaan. Kau bisikkan bicara keinsafan. Kau beri kekuatan, tika aku. Diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan. Kau nyalakan harapan. Saat ku meragukan keampunan Tuhan. Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala. Menitis airmataku keharuan. Kepada sebuah pertemuan. Kehadiranmu mendamaikan. Hati yang dahulu keresahan. Cinta yang semakin kesamaran. Kau gilap cahaya kebahagiaan.Tulus keikhlasan menjadi ikatan. Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan. Titisan air mata menyubur cinta. Dan rindu pun berbunga. Mekar tidak pernah layu. Damainya hati. Yang dulu resah keliru. Cintaku takkan pudar diuji dugaan. Mengharum dalam harapan Moga kan kesampaian kepada Tuhan. Lantaran diri hamba kerdil dan hina. Syukur sungguh di hati ini dikurniakan teman sejati. Menunjuk jalan dekati-Nya. Tika diri dalam kebuntuan. Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri. Mengajarku mengenal erti. Cinta hakiki yang abadi. Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan. Yang terbias pada ketulusan. Sekeping hati seorang insan bernama teman.