Sunday

Aku Ingin..Tapi..

biar menjauh..aku redha andai itu takdirnya
andai itu bukan untuk ku..
mata ini ingin selalu memandangmu
tapi tidak aku teruskan
bimbang akan mencium bau zina
hati pula tidak aku ingini di kuasai nafsu
lalu aku tinggalkan semuanya
tidak aku zahirkan didepanmu
cukup hanya Allah sahaja yang tahu
kadang kala seperti sebuah harapan atau hanya mainan perasaan
aku tidak yakin apakah benar tiap apa yang aku rasakan bukan seperti hakikat yang sebenar
tidak seperti apa yang dikatakan
bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang aku titipkan
bimbang di hati kian mengembang
gusar andai yang kuinginkan tidak seperti apa yang bakal diberi
mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
mungkin ya jika semuanya kerana Tuhan dan berlandaskan iman
namun aku sedar siapa diriku ini
sungguh jauh..jauh bezanya dengan kamu
malu aku untuk mengharap
namun dalam tiap masa doa kurafakkan moga dia membuka pintu hatimu
biarpun aku tidak pasti bukan untuk menerimaku
kerana cintaNya aku mengenalimu
kerana kasihNya aku mula mendekatimu
kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu
namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala
biar hati-hati kita bersatu ingin memiliki redhaNya
biar hati-hati kita bertaut kerana berjuang demi agamaNya
biar hati-hati kita saling menyinta untuk menuju syurgaNya
moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan Allah
biar kita sama-sama mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga
bukan menjemput air timah dari neraka
sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala
biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi di dalam hati
hanya aku dan Allah yang lebih mengetahui


kredit to :http://akuislam.com/blog/